!KAIN BASAH!

- ALTERNATIVE SOURCE OF INFORMATION -

Monday

Kedudukan Kaum Cina.

Kebenaran Yang Sebenar - Kedudukan Kaum Cina



PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

AMALAN HARI INI

Sistem pengambilan pelajar berasaskan kuota mengikut kaum iaitu 55% Bumiputera, 35% Cina dan 10% India telah dimansuh dan diganti dengan sistem meritokrasi yang berasaskan markah akademik sepenuhnya mulai Sesi Akademik 2002/2003. Bermula pada Sesi Akademik 2006/2007, dasar meritokrasi mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Semua pemohon yang layak dan memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan akan dipilih memasuki IPTA tertakluk kepada bilangan tempat yang disediakan.

Bagi kemasukan ke IPTA sesi akademik 2010/2011, jumlah pelajar Lepasan STPM/Setaraf yang memohon ke IPTA adalah seramai 61,228 orang. Daripada jumlah tersebut hanya seramai 49,234 calon yang mencapai kelayakan minimum iaitu nilai PNGK 2.00 ke atas dan memenuhi Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA. Manakala, daripada jumlah calon yang layak, seramai 40,506 orang telah ditawarkan ke IPTA. Peratusan calon Bumiputera yang berjaya ditawarkan ke IPTA adalah 78.8% iaitu seramai 28,633 telah ditawarkan berbanding 36,341 calon yang layak. Bagi kaum Cina pula sebanyak 92.1% atau seramai 9,569 telah ditawarkan berbanding dengan 10,394 calon yang layak. Manakala bagikaum India dan lain-lain sebanyak 92.2% atau 2,304 telah ditawarkan berbanding dengan 2,499 calon yang layak.

No comments:

Post a Comment