!KAIN BASAH!

- ALTERNATIVE SOURCE OF INFORMATION -

Monday

YB Pening.

22 NOVEMBER 2010

SALAH-TU-DIN!

(Solat 'Eidul Adha di Masjidil Haram pada hari Selasa 10 Zulhijjah 1431 manakala di Malaysia pada Rabu 10 Zulhijjah 1431)

Salam 2 all.

Saya agak terkejut dan dan macam tak percaya pulak bila membaca lapuran yang disiar oleh media pro-Anwar MalaysiaKini bertarikh 08.11.2010 yang memetik kenyataan YB Salahudin Ayub bertajuk "PAS dakwa tarikh 'Eidul Adha sangat pelik". Salehudin memilih mengecam pihak berkuasa agama yang didakwa beliau saperti tidak tahu mengurus dan mentadbir perkara sekecil ini! Alasan yang diguna beliau untuk kepelikan itu ialah tarikh 'Aidil Adha di Malaysia "yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di 'Arab Saudi"?! Teman rasa yang kelirunya ialah Salahudin bukannya pihak berkuasa agama Islam! Yang peliknya perkiraan Salahudin dan bukan pihak berkuasa agama!

Pertama teman tidak pasti samada benar kenyataan lapuran tersebut yang mendakwa ianya mewakili PAS. Kadang-kadang ada media yang suka menggunakan tajuk yang mengelirukan. Mungkin kenyataan itu adalah pandangan peribadi Salahudin dan bukan PAS. Tambahan bila saya bertanya dengan beberapa rakan-rakan PAS mereka tidak tahu menahu mengenainya. Malahan ada yang kata "takkanlah kami ni kurang cerdik tak tahu nak kira sampai nak buat dakwaan terhadap pihak berkuasa agama macam tu!".

Apa yang peliknya kerana lapuran itu mendakwa kepelikan sehingga mengelirukan umat Islam yang berlaku kerana sambutan 'Eidul Adha di Malaysia berbeza dua hari dengan hari wuquf di Sa'udi! Oleh itu ada kekeliruan kononnya dengan bila hari taysriq bermula dan berakhir. Teman ingat takde siapa yang keliru, apatah lagi ragu, kerana ukuran perbezaan sepatutnya dikira antara 'Eidul Adha di Sa'udi dan di Malaysia, bukan wuquf dengan 'Eidul Adha!! Semua orang tahu ada beza diantara wuquf dengan 'Aidil Adha. Wuquf jatuh pada 09 Zulhijjah, bilamana jemaah haji berkumpul di Arafah. 'Eidul Adha pula, atau di Malaysia terkenal dengan panggilan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban, jatuh pada 10 Zulhijjah.

Di 'Arab Saudi, wuquf tahun ini jatuh pada hari Isnin iaitu 15 November 2010. Maknanya hari Isnin di 'Arab Saudi ialah 09 Zulhijjah 1431, manakala di Malaysia Isnin 15 Nov 2010 masih 08 Zulhijjah 1431. Manakala 'Eidul Adha, iaitu 10 Zulhijjah 1431 di 'Arab Saudi jatuh pada hari Selasa 16 Nov 2010. Manakala di Malaysia 'Eidul Adha, iaitu 10 Zulhijjah jatuh pada hari Rabu 18 Nov 2010. Maknanya perbezaan sambutan 'Eidul Adha antara 'Arab Saudi dengan Malaysia hanyalah satu (1) hari, bukannya dua (2) hari. Jadi tidak timbullah isu kekeliruan atau kepelikan saperti yang didakwa Salahudin. Yang peliknya ialah perkiraan beliau. Dimana dia dapat fakta perbezaan dua hari itu, melainkan Salahudin menganggap hari wuquf itu sebagai hari raya haji?!



Berdasarkan itu, tiada kekeliruan bagi perkiraan hari tasyriq. Di Sa'udi ianya dari hari Rabu, Kahmis & Juma'at. Manakala bagi Malaysia hari tasyriq ialah Khamis, Juma'at & Sabtu. Kat mana yang pelik dan kelirunya YB!? Sehingga meragukan! Teman pulak menjadi ragu dengan tahap ilmu dan pengetahuan Salahudin dalam isu perkiraan falaq ini! Dan Salahudin ialah Naib Presiden PAS yop, bukan Ketua Cawangan di Ulu Tembeling nun!

Takkanlah Salahudin tidak tahu beza antara hari wuquf dan 'Eidul Adha? Dan hari tasyriq adalah tiga hari selepas 'Eidul Adha, iaitu 11, 12 & 13 Zulhijjah. Di Malaysia ianya jatuh pada hari Khamis, Jumaat & Sabtu; sedangkan di 'Arab Saudi dari hari Rabu, Khamis & Jumaat. Dan mengambil kira perbezaan kita dengan Sa'udi adalah 5 jam, maka perbezaan 'Eidul Adha hakikatnya kurang daripada 24 jam! Jadi kat mana peliknya sambutan 'Eidul Adha dan hari tasyriq di Malaysia berbanding Sa'udi? Apatah lagi Indonesia, Singapura dan Brunei juga menyambutnya sama dengan Malaysia. Jadi adakah mereka semua pun pelik, atau perkiraan Salahudin yang pelik?

Kata beberapa sahabat teman ulama' muda PAS, lapuran kenyataan Salahudin itu memberi gambaran seolah-olah PAS mengira ''Eidul Adha daripada hari wuquf?! Disitulah keluar kenyataan mereka "takkanlah ustadz-ustadz PAS tak cerdik langsung sampai tak tahu nak kira?". Ringkasannya mereka kata kenyataan itu tidak mungkin pendirian PAS, ianya mungkin perkiraan Salehudin sendiri. Wallahua'lam, teman pun tak pasti. Tapi yang pentingnya, PAS mesti menyatakan pendirian adakah kenyataan Salahudin dan tindakan beliau nak membawa usul tergempar di Parlimen mengenai tarikh 'Eidul Adha itu adalah pendirian PAS, atau hanya salahkira Salahudin seorang sahaja.

Ini adalah kerana membawa satu usul khas ke Parlimen untuk mempertikai sesuatu yang jelas akan memberi persepsi negatif kepada PAS sebagai sebuah parti beralaskan Islam. Teman cukup yakin ramai para ulama' dan ustadz didalam PAS yang cukup 'arif dengan persoalan falak dan perkiraan wuquf dan 'Eidul Adha itu. Dan sudah pasti mereka akan lihat kesilapan Salahudin dalam perkiraan dan tindakannya membawa usul khas tersebut. Untuk tujuan pengesahan, teman lampirkan dibawah kenyataan Ketua Pengarah JAKIM Ustadz Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang jelas penerangannya.

Cadangan teman kepada Salahudin supaya menarik balik kenyataan beliau tersebut dan meminta maaf kepada pihak berkuasa agama atas kecaman yang beliau buat terhadap mereka dan akhirnya menarik balik usul khas yang telah beliau failkan tersebut. Nasihat teman kepada Salahudin, di masa hadapan kalau ada permasalahan saperti itu eloklah bawa berbincang dengan pihak berkuasa atau mereka yang arif terlebih dahulu, kerana bak kata orang lebih baik kita diam daripada bercakap, sebab bila kita buka je mulut orang tahu ketidakcerdikan kita nanti. Tapi Salahudin jangan risau, sebab kata seorang kawan Salahudin, ketidakcerdikan itu bukan satu jenayah! Cuma orang kapior gelak sakan lah tengok kita yop kerana isu remeh macam ni pun nak dibawa sebagai usul khas ke Parlimen oleh Naib Presiden pulak tu! Takkan soal raya pun jadi bahan politik kepartian yop!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
14 Zulhijjah 1431
21 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan lapuran media pro-Anwar MalaysiaKini bertarikh 08.11.2010)

PAS DAKWA TARIKH 'AIDIL ADHA SANGAT PELIK

Ahli parlimen Kubang Kerian mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung Isnin depan bagi membincangkan isu tarikh Aidil Adha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi.

Dalam usul kepada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Salahuddin Ayub berkata sambutan Aidil Adha di negara ini semalam "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

"Perbezaan dua hari sambutan Aidiladha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi," katanya.

Naib presiden PAS itu berpendapat, perbezaan tarikh itu turut mengelirukan penentuan hari Tashrik - tiga hari selepas Aidil Adha yang ditetapkan untuk menyembelih korban - di negara ini.

Salahudin juga mempersoal bagaimana pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengurus tadbir isu tersebut.

"Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari raya Aidil Adha dibuat?

"Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?" soalnya.

Beliau berpandangan dalam era kecanggihan teknologi komunikasi kini tiada alasan perkara itu tidak dapat diselesaikan.

"Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggung jawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Kenyataan Ketua Pengarah Jakim Ustadz Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz)

Sukacita Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memberikan maklum balas mengenai kekeliruan tempoh masa menjalankan ibadah korbanyang timbul baru-baru ini.

JAKIM ingin memaklumkan bahawa Ibadah korban boleh dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh Malaysia bermula dari selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah dan pada hari tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Oleh kerana hari raya korban di Malaysia telah jatuh pada hari Rabu yang lalu iaitu 17 November 2010, maka umat Islam di Malaysia disunatkan menunaikan ibadah korbansehingga Sabtu, iaitu 20 November 2010 bersamaan 13 Zulhijjah 1431H.

Adapun tempoh bagi menjalankan ibadah korbant ersebut disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Dari Al Bara' bin 'Azib r.a. Katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin".

Dari kitab Rad al-Muhtar 'ala al-Dur al-Mukhtar Sharh Tanwir al-Absar yang ditulis oleh Ibn 'Abidin mengatakan bahawa: "Maka diganjari ibadah korbanyang dilaksana pada hari yang ketiga belas walaupun di sisi yang lain telah pun memasuki hari yang keempat belas" (Dar al-Kutub al-Ilmiyyah; Beirut, Jilid 3, halaman 364).

Oleh itu, adalah tidak menjadi kesalahan menjalankan ibadah korbanitu pada hari 10 Zulhijjah (selepas solat sunat Aidiladha) dan tiga hari berikutnya (11, 12, dan 13 Zulhijjah) sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah 1431H, iaitu bersamaan dengan 20 November 2010 bagi tahun ini.

Berdasarkan rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431H di 30 tempat cerapan rasmi di Malaysia oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada 29 Zulkaedah 1431H bersamaan 6 November 2010 (Sabtu) yang lalu, ahli falak telah mendapati anak bulan tidak kelihatan di kesemua tempat cerapan tersebut dan sekaligus keputusan sebulat suara menetapkan Hari Raya korbanpada tahun ini jatuh pada 17 November 2010 (Rabu) yang lalu.

Hasil data cerapan tersebut didapati setelah ahli falak mendapati kedudukan hilal (anak bulan) telah tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan).

Ini bermakna, hari tasyrik bagi seluruh umat Islam di Malaysia pada tahun ini adalah pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1431H.

Untuk makluman masyarakat Malaysia, persetujuan bersama oleh empat negara anggota Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah menerima pakai kriteria Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan) yang telah diputuskan melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Kali ke-3 di Wilayah Persekutuan Labuan pada 29 Zulkaedah 1412H bersamaan 1 Jun 1992.

Hal ini sekaligus menafikan pandangan dan kekeliruan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa ibadah korban hanya boleh dilakukan sehingga 19 November sebagaimana menurut Arab Saudi.

Sukacita dimaklumkan juga, asas penentuan hari raya korban di Malaysia adalah selaras dengan Singapura dan Republik Indonesia dan berkebetulan pada tahun ini negara Brunei Darussalam bersama-sama merayakan hari aya korban pada 17 November 2010.

Untuk makluman lanjut, orang ramai boleh mengakses dan merujuk info kriteria Imkanur-Rukyah di Malaysia dan data-data berkaitan melalui laman web JAKIM di laman sesawang www.islam.gov.my.

Wednesday

KAUM CINA DALANG BANTAH MENARA WARISAN. MELAYU IKUT BONTOT JER?

Kaum CINA DALANG Bantah Menara Warisan??


KENAPA ANTI-MENARA 100 TINGKAT ANJUR JAMUAN KEK DI KAMPAR??

Sebuah laman sesawang di Facebook yang didedikasikan untuk mendapatkan sejuta peminat bagi menentang pembinaan sebuah menara 100 tingkat oleh kerajaan persekutuan akan menyambut genap sebulan ia ditubuhkan esok.

Pentadbir halaman itu menggesa orang ramai supaya berkumpul di enam lokasi di seluruh Malaysia untuk menjamah sepotong kek dan 'meraikan' kejayaan laman itu setakat ini.

Lima lokasi yang dinyatakan adalah di pancutan air di KLCC dan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur; Dataran pidato di esplanade, Pulau Pinang; Coffee Bean di Wisma Merdeka, Kota Kinabalu, Secret Recipe di Lunas, Kedah dan McDonalds di Kampar.

Peserta dijangka akan berada di lokasi tersebut secara bersemuka untuk dua jam dan secara simbolik menjamah sepotong kek yang dibawa oleh masing-masing.

Sila perhatikan lokasi tempat pertemuan tersebut, Kampar pada masa ini boleh dikatakan sudah diperintah oleh Cina. Tambahan pula tempat itu adalah merupakan lokasi UTAR Kampus Perak yang lebih 95% pelajar dan pensyarah adalah orang Cina.- RAMAINYA CINA..MANA PIGI KAUM LAIN YA?TADAK DATANG JUGA SITU KA?

Adakah pentadbir laman Facebook Anti-Menara 100 Tingkat merupakan salah seorang atau sekumpulan pelajar yang cerdik pandai yang bersembunyi di UTAR?

Tuan/Puan bolehlah buat kajian tentang kekuatan Cina ditempat lain yang dipilih seperti Lunas, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Adakah Cina akan merasakan mereka sudah kuat dan berkuasa di sesetengah tempat dan akan melaksanakan program-program jahat bermula dari lokasi berkenaan??

KEMPEN ANTI-MENARA 100 TINGKAT DIDALANGI DAP??

"Kami raikannya kerana rakyat biasa Malaysia, bererti bukan pemimpin politik atau NGO, buat pertama kali menganjurkan satu bantahan besar-besaran secara teratur. Jika laman itu boleh dipertimbangkan - mewakili suara ramai yang menentang projek gergasi yang tidak popular dan tiada justifikasi.

"Ini bukan projek mega yang pertama tetapi ini adalah pertama kali projek mega menghadapi rintangan dari bawah. Tiada mega projek dari sekarang boleh dibina tanpa mengambil pendapat awam. Atas sebab itu, kita raikannya,” tulis pentadbir laman yang tidak mahu dikenali itu.

Kenyataan pentadbir laman itu adalah selari dengan apa yang diucapkan oleh pimpinan DAP dalam satu lawatan bersama wartawan ke tapak pembangunan.

DAP mahu 'kuasa rakyat' tentukan Warisan Merdeka

MP Segambut Lim Lip Eng berkata "Kami di pihak pembangkang telah membuat kenyataan berhubung pendirian kami tetapi kerajaan mendakwa kami hanya mempolitikkan isu berkenaan. Jadi sekarang kami mahu menggunakan kuasa rakyat,” -GUNAKAN KUASA RAKYAT APANYA, PNB TU SYARIKAT, BUKAN KERAJAAN PUN. GUNA LE KUASA STAKE HOLDER KER.

MP Cheras Tan Kok Wai juga mempersoalkan rasional mengapa Malaysia memerlukan bangunan pencakar langit lagi.

"Tiada bandaraya yang hebat hanya dibuat dengan bangunan pencakar langit sahaja- TAK PERNAH KE DUBAI KE (SATU JE CONTOH). TAK PERNAH BACA WEB/LOG BERKAITAN KER?

Menurut MP Bukit Bintang, Ong Kui Loon, jalan-jalan yang sempit dengan kehadiran lima sekolah di kawasan itu telah memburukkan lagi masalah lalu lintas di kawasan berkenaan. 

Katanya, dengan siapnya projek Warisan Merdeka, keadaan lalulintas di sini akan menjadi lebih bercelaru.- KAN PNB DAH CKP, DAH PROPOSED HIGHWAY KAT SITU. TUNGGU DULU PLAN.

Bagi MP Seputeh Teresa Kok pula projek Warisan Merdeka itu menimbulkan pelbagi persoalan kerana ia dirancang secara tergesa-gesa tanpa perbincangan lanjut. Katanya, contoh seperti beberapa projek di kawasan parlimennya di Seputeh.<<--YE KE?TETIBA JE KELUAR KENYATAAN BERKAITAN DIRI SENDIRI. ISH ISH ISH..MCM TAK KENA JE AYAT NI. TIPU KOT.

PENSYARAH UTAR JUGA TERLIBAT??

Pensyarah, Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang menyokong Facebook Anti-Menara 100 Tingkat dalam tulisan beliau dalam Malaysiakini  menyatakan saya pada mulanya agak pesimistik terhadap kewujudan laman 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower ini. 

Masakan tidak, selalunya sesebuah laman yang memprotes apa-apa agenda kerajaan hanya akan mampu menarik sekurang-kurangnya 10,000-20,000 peminat dan selepas itu akan lenyap begitu sahaja.

Namun, terdapat dua hal yang amat menarik perhatian saya terhadap kewujudan laman ini.

Pertama, pada awalnya pemilik laman ini dihalang daripada mengakses lamannya sendiri. Secara langsung menampakkan bahawa seolah-olah wujudnya arahan daripada individu tertentu kepada pentadbiran Facebook untuk menghalang pemiliknya daripada berkomunikasi dengan aktivis-aktivis sosial yang meningkat seratus orang bagi setiap 5 minit. 

Tapisan halus ini walau bagaimanapun tidak bertahan lama dan ditarik balik mungkin kerana pihak pentadbiran Facebook dan individu tertentu akur dengan suara ribuan aktivis sosial ini.

Keduanya, mesej-mesej yang dipaparkan di laman berkenaan nyata merupakan satu amaran yang amat keras kepada pentadbiran Najib untuk menghormati hak rakyat dan seterusnya menyelesaikan pelbagai masalah yang sedang membelenggu rakyat marhean ini daripada menghabiskan duit rakyat dengan melaksanakan projek ini.

Kata mereka projek ini hanya akan menguntungkan puak pemerintah sahaja dan sekurang-kurangnya akan menguatkan teori Marxism bahawa yang kaya akan terus kaya dan miskin akan hancur binasa dibumi sendiri.

Kebanyakkan aktivis sosial ini sudah muak dengan kedaifan sistem pengangkutan dan sistem kesihatan di negara ini. Malah, ada yang yang amat marah dengan sistem kebajikan di negara kita yang didakwa tarafnya menyamai negara-negara dunia miskin. 

Lebih daripada itu, ada yang mahukan RM5 bilion itu digunakan untuk memantapkan sistem pendidikan negara serta membantu meningkatkan taraf masyarakat Orang Asal di negara ini yang sekian lama tidak dipedulikan.

Saya tertanya-tanya mengapa tiada langsung peruntukkan untuk komuniti masyarakat India? Apa, dengan membantu sekolah-sekolah tamil maka masalah sosioekonomi masyarakat India ini akan dapat diatasi dengan efisien? Entahlah. Paling memeningkan, MIC hanya memilih untuk diam.

9.58 minit malam - 101, 662 aktivis sosial membantah cadangan pembinaan Menara Warisan ini. Angka ini akan terus meningkat dan di kala pemimpin kita komited untuk mempertahankan Putrajaya walaupun berkecai tulang dan juga badan, walaupun bercerai jasad dari nyawa, ingatlah bahawa beratus ribu aktivis ini akan jadi penentu siapa ke Putrajaya.

10.18 minit malam - 102,533 aktivis sosial sudah mengundi untuk menyahkan projek ini dan undian ini terus meningkat. Media aliran perdana pula memilih membutakan mata untuk tidak melaporkan nilai berita ini.

Untuk kali pertama dalam sejarah negara, rakyat Malaysia memilih untuk bangun dari tidur menentang kepincangan sistem pemerintahan negara ini. Selamat berjuang! kata pensyarah tersebut.

KENAPA CINA BERSUNGGUH-SUNGGUH BANTAH??

Orang Cina bantah kerana TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN kerana projek ini dilihat boleh menguntungkan orang Melayu.

PNB, yang ditubuhkan pada 17 Mac,1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan membina peluang kepada profesional Bumiputera yang sesuai menyertai pewujudan dan pengurusan harta.

Dengan pengurusan dana yang berjumlah kira-kira RM150 bilion, Kumpulan PNB kini merupakan institusi pelaburan utama negara dengan pelbagai portfolio kepentingan yang meliputi saham amanah, amanah harta institusi, pengurusan harta dan pengurusan aset.

Projek Menara Warisan ini merupakan TUGU kejayaan orang Melayu dan akan memberi prospek kejayaan yang lebih kepada orang Melayu.

ORANG CINA MEMANG SAKIT HATI DAN TIDAK MAHU ORANG MELAYU BANGKIT DALAM KUASA EKONOMI. SEDIKITPUN TIDAK BOLEH. BIAR ORANG MELAYU KEKAL BERADA DI BAWAH MEREKA.

Walau bagaimanapun, Datuk Seri Najib Razak tetap mempertahankan cadangan pembinaan menara 100 tingkat bernilai RM5 bilion oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan menyifatkan ia bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.

"Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.

"Projek ini bukan pembaziran tapi menguntungkan, yang dirancang (oleh) PNB. Najib berkata beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.

"Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010.

Najib berkata dalam sejarah negara ini, Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik hebat oleh pembangkang apabila membuat keputusan untuk membina jambatan Pulau Pinang, namun akhirnya sekarang rakyat Pulau Pinang meminta jambatan yang kedua.

Dr Mahathir juga dipertikaikan semasa membina Menara Berkembar Petronas, jadi rasional kerajaan bagi pembinaan menara warisan adalah sama, katanya. 

Warisan Merdeka akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.

KEPADA MELAYU YANG NAK TURUT SERTA DALAM PROGRAM JAMUAN KEK TERSEBUT ATAU NAK TURUT MENYOKONG FACEBOOK ANTI-MENARA, CUBA LAH BERASA MALU DIPERBODOHKAN OLEH CINA, MEREKA AKAN GELAK KETAWA DALAM HATI MELIHAT GELAGAT MELAYU BODOH..

Tuesday

PKR PUTAR BELIT ALAM LAGIK!

MB KEDAH HALANG RTM DAN WARTAWAN SEWAKTU DENGANNYA DARI MEMBUAT LIPUTAN BANJIR DI KEDAH ATAS ALASAN PUTAR BELIT, TAPI TAK BAGI APA YANG DIPUTAR BELITKAN. MAIN MARAH, TERUS KELUAR JER.


NI DAH TERBUKTI MEMANG PUTAR BELIT HA!SAMPAI TERBELIT. SIAP ADA KENYATAAN TUAN PUNYA BADAN LAGI HA! ADOI, MANA NAK CARIK SALURAN YANG TAK PUTAR BELIT DI MSIA NIE. ADOI PKR.


PUTAR BELIT LAGI!!




Salam 2 all.

Media portal pro pembangkang MalaysiaKini cuba memutarbelitkan kenyataan Dr. Asri Zainul Abidin dengan membawa tajuk berita dalam siarannya semalam 09.11.2010 dengan tajuk "Asri mohon maaf cadang Anwar 'bersara'. Isi beritanya pula menyatakan "bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin memohon maaf atas pandangan sebelum ini yang mencadangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya "bersara politik."

Sedangkan kenyataan Dr. Asri sebenarnya jauh daripada yang dilapurkan. Malahan Dr. Asri tetap dengan ketegasannya menasihatkan Anwar supaya berundur daripada politik, malah sudah menjadi "dinasour PKR" pun.

Sebenarnya Dr. Asri telah membuat surat terbuka kepada Anwar semalam, yang kenyataan penuhnya teman lampirkan dibawah. Bagi yang berminat, boleh layari sendiri laman web www.drmaza.com.

Malah teman cuba memastikan kesahihan lapuran MalaysiaKini tersebut dan menghubungi Dr. Asri sendiri. Ini saya lakukan kerana ALLAH memerintahkan kita umat Islam supaya berhati-hati dengan berita daripada fasik, apa lagi kalau kafir (surah Al Hujurat: 6). Dan Dr Asri, yang sedang berada di Tokyo, menghantar sms pada jam 11.16.32am 10.11.2010 kepada teman saperti berikut:

"Saya tidak pernah tarik balik atau menyesal dengan kenyataan mencadangkan dinasour-dinasour politik termasuk DSAI bersara. Surat terbuka saya jelas dalam ini. Cumanya saya hanya memohon maaf jika beliau kecil hati. Itu adalah adab pergaulan, namun pendapat saya masih kekal sehingga kini".

Nah, begitu pendapat seorang ulama', penuh dengan adab dan kesopanan. Tetapi sayang ada pihak cuba mengambil kesempatan dan memutarbelitkan kenyataan Dr. Asri. Sebenarnya inilah politik kotor yang diamalkan: pembohongan dan cakap tak serupa bikin. Dan ini jelas daripada lapuran media portal pro-pembangkang ini. Kalau ini pun pak-pak jangoat badut ingusan masih buta tak nampak, memang jelaslah jiwa mereka sudah "summum bukmum 'umyum fahuum".

Semoga ALLAH menyelamatkan kita daripada bahana fitnah di zaman fitan ini.

Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
02 Zulhijjah 1431
10 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Dari laman web "www.drmaza.com")


SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERHORMAT DSAI



Saya baru sahaja membaca kenyataan YB DSAI bahawa kenyataan menyuruh beliau berundur adalah satu perancangan. Ini rentetan Dato Zaid Ibrahim yang membuat gesaan yang sama. DSAI menyatakan bahawa saya juga telah digunakan oleh Utusan. Walaupun, pada awalnya saya berniat tidak mahu lagi menyentuh isu ini, tetapi perkataan ‘digunakan’ itu agak berat. Izinkan saya menyebut beberapa perkara;



1. Untuk pengetahuan DSAI, secara peribadi saya tidak memusuhi DS. Bahkan saya simpati dengan keadaan beliau sekarang. DS sendiri tahu adanya persahabatan yang baik antara pihak saya dan DS. Kenyataan saya tidak menyebut isu peribadi DS. Kenyataan saya hanya tentang soal keberkesanan pembangkang dan memastikan keseimbangan politik antara kerajaan dan pembangkang.



2. DSAI, biasanya apabila saya ingin melontarkan pandangan politik yang besar, saya akan merujuk terlebih dahulu kepada beberapa orang ‘pemikir politik’ yang –bagi saya- tajam dan kritis. Mereka akan memberi pandangan balas. Mereka ini sebahagian ‘tidak mesra kerajaan’ dan sebahagiannya neutral. Tapi dalam isu ‘pengunduran DSAI’, saya tidak merujuk kepada sesiapa. Saya hanya berpada dengan pemerhatian dan kajian umum saya. Ya, setiap kita di samping apa yang kita faham, kita juga mungkin mempunyai ‘instinct’ tersendiri dalam mengagak sesuatu perkara. Saya sendiri agak ragu-ragu sebelum kenyataan itu saya minta moderator saya siarkan dalam Minda Tajdid. Pada awal moderator Minda Tajdid sendiri pun risau. Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia. Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar.



3. Seperti yang pihak Utusan laporkan, mereka memetik dari website saya. Mereka tidak mengambil kenyataan itu dari mulut saya. Mereka memetiknya dari kenyataan yang disiarkan dalam website saya. Petikan mereka juga tepat, cuma tajuk agak ‘garang’. Bukan kenyataan exclusive untuk mereka. Sebaliknya, Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung dari saya. Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan.



4. Saya pun tidak tahu bahawa Dato Zaid Ibrahim dan Saudara Mustafa Kamil Ayyub akan membuat tindakan dan kenyataan yang seperti itu. Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka.



5. Jasa, sumbangan dan kesan DSAI dalam bidang politik akan tetap dikenang dan menjadi sejarah tanahair. Di sudut pemikiran Islam, DSAI jauh lebih luas dari banyak pihak. Dari sudut pidato, DSAI masih mantap. Dari sudut umur, DSAI belum terlalu tua dalam politik. Namun, bagi saya jangka hayat politik seseorang bukan sahaja faktor umur dan pidato, banyak lagi persoalan lain yang wajar diambil kira. Salah satu unsur yang penting; kemampuan mengendali rakyat bawahan dan kemampuan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawa. Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot. Jika itu dapat ditingkat, atau dipertahankan, bererti kemampuan kepimpinan seseorang masih utuh.



6. Kita tetap memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan dalam negara ini. Jika mereka hendak menjadi kerajaan alternative pun, mereka mestilah jadi lebih baik, terurus, meyakinkan dan berkualiti. Itulah harapan rakyat marhaen seperti saya.



7. Apapun, saya tetap bersimpati dengan pergolakan akhir PKR, parti DSAI. Namun, hal ini memang boleh dijangkakan oleh ramai pemerhati dari awal lagi. Bukanlah hak saya mencampuri parti DSAI. Tetapi hak saya memberikan harapan atau pandangan kepada Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang kerana mereka mendapat peruntukan negara dan mereka penentu masa depan rakyat.



8. Apa yang berlaku, anggaplah itu pendapat saya secara peribadi. Bukan pandangan hukum, bukan juga satu paksaan. Pandangan yang boleh diterima dan ditolak. Bak kata YB Nurul Izzah, biarlah rakyat dan parti yang menentukan. Pandangan insan terdedah kepada salah dan silap. Apatahlagi pandangan insan kerdil seperti saya. Namun, masa yang berjalan dan peristiwa yang bakal terjadi akan memperlihatkan sejauh manakah kebenaran sesuatu andaian atau ramalan. Jika satu hari DSAI dapat bukti saya silap dalam andaian tersebut, maka rakyat tahu saya membuat andaian yang tidak tepat dan dengan redhanya saya akan berkata ‘andaian saya salah!’. Jika sebaliknya, maka jawapannya pun sebaliknya.



9. Sebagai muslim, apa yang penting bagi saya, hubungan ukhuwwah islamiyyah antara saya dan DSAI harap tidak terputus. Politik kepartian boleh datang dan pergi, namun hati nurani Islam kita mesti kekal abadi. Saya telah sms secara peribadi kepada DSAI, agar tidak rosak hubungan Islamiyyah ini. Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya.



Dengan ini, saya harap kenyataan media DSAI itu dapat dilihat sekali lagi. Apa pun, sekali lagi saya ingin maklum kepada DSAI, Alhamdulillah, tiada siapa yang menggunakan saya dan kita tetap saudara muslim. Wassalam.



Mohd Asri Zainul Abidin
9 Nov 2010, 3.30 p.m

PKR PERTAHAN BAWAK SOSEJ BABI KE SEKOLAH.


DAH PAHAM DAH, BILA BACA ARTIKEL NI MEMANG AKAN ADA YANG MEMBANGKANG. SOKONG BAWAK SOSEJ BABI KE SEKOLAH. MELAYU YANG ANGGAP DIRINYA LLIBERAL @ BUKAN MELAYU MARHAIN PUN AKAN SOKONG PUNYA. ALASAN, HAK. MATILAH HAK. MCM DAH TAKDE ALASAN LAIN. DAH JEMU DAH. GUNA LE AKAL SKETT, BUKAN LOGIK SEMATA. 

LEPAS NI DI NEGERI YANG PKR MENANG, BOLEH LE ANAK2 KORANG BAWAK SOSEJ BABI KE SEKOLAH KN?OPPS, PKR PUN BUKAN PARTI DOMINAN MELAYU@ISLAM KAN?



SOSEJ BABI!


(Sidang khbar di pejabat PKR mengenai isu budak dirotan kerana bawa sosej babi ke sekolah. Gambar kecil ialah Nor Azman Abdullah @ Beginda)
Salam 2 all.
Saya kesal dengan tindakan DAP dan PKR, dengan sokongan segelintir Ahli Parlimen PAS*, yang memainkan isu seorang pelajar bernama Basil Anak Beginda (10 tahun) membawa makanan haram iaitu "nasi goreng + sosej babi" ke sekolahnya di Sekolah St. Thomas, Kucing, Sarawak. Mereka mendakwa pelajar ini dikenakan hukuman 10 kali rotan pada 15 Okt 2010 oleh Penolong Kanan sekolah En. Iskandar Bin Fadeli kerana membawa membawa "sosej babi" ke sekolah. Sedangkan pihak sekolah menyatakan budak itu dihukum atas sebab lain. PKR mendakwa ini melanggar hak perlembagaan budak tersebut!

Saya tidak berminat dengan isu hukuman rotan itu, kerana faktanya pun tidak jelas. Adakah beliau dirotan kerana sosej babi, atau kerana kesalahan disiplin yang lain. Pada saya kita tidak perlu melatah cepat sangat, kerana PKR yang memainkan isu ni pun jenis tak boleh dipercayai. Bukan kita kata, calun Timbalan Presiden PKR sendiri yang kata, "bahawa PKR ini penuh dengan kepalsuan dan hipokritus". Yang jelasnya Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong telah pun membuat penjelasan bahawa lapuran Jabatan Pelajaran menunjukkan kanak-kanak itu dirotan kerana kesalahan lain. Jadi isu kenapa dia dirotan pun tak jelas lagi, tau-tau DAP, PKR melompat memutar isu itu sebagai isu perkauman dan agama! 

Fakta yang jelas dan tidak boleh dinafikan ialah Basil Anak Beginda adalah seorang budak beragama Islam. Ayahnya bernama Nor Azman Bin Abdulah @ Beginda Anak Minda. Beliau adalah ahli PKR. Beliau calun PKR bertanding dalam PRU 10 di P. 188 Kapit (1999) dan PRN Sarawak N.24 Engkili (2001). Beliau tewas di kedua-dua pilihanraya (faktanya saperti yang tercatat dibawah). Melainkan Nor Azman mahu datang kedepan dan menyatakan beliau bukan lagi Islam, anaknya menurut hukum adalah tetap seorang Muslim! 

Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda juga adalah salah seorang saksi utama bagi pihak Anwar Ibrahim semasa perbicaraan kes liwat 1998 dahulu. Saya antara peguam yang mengendalikan beliau, dan sepanjang pengetahuan saya beliau beragama Islam. 


Persoalan yang saya ingin kemukakan ialah apakah tindakan yang pihak penguatkuasa agama ambil mengenai fakta ini. Budak beragama Islam dibekalkan dengan sosej babi ke sekolah!! Saya mendesak supaya suatu tindakan diambil oleh pihak berkuasa agama Islam negeri dengan memanggil kedua ibubapa dan anak tersebut untuk mengenal pasti status agama budak tersebut, dan diberi kaunselling dan nasihat bahawa pemakanan babi adalah haram didalam Islam.

Apa yang membimbangkan saya ialah apabila status agama Islam Basil Anak Beginda yang makan sosej babi ini dibangkitkan, DAP/ PKR dan segelintir MP PAS dengan cepat melatah menyatakan bahawa ini bukan isu agama!! Dah kalau ini bukan isu agama, isu apa lagi! Apakah dasar DAP/PKR menghalalkan ahlinya yang beragama Islam makan sosej babi! Apa pula pendirian pak jangoat badut ingusan dalam isu ini? Kenapa membisu macam kambing sakit gigi je? Dan kepada ahli akar umbi PKR dan PAS yang masih taksub dengan kepimpinan PKR ini, adakah kamu semua redho dengan pendirian ini?

Tapi yang saya sangat kesal ialah apabila saya dedahkan hakikat bahawa budak yang membawa sosej babi ini beragama Islam, tak pasal-pasal segelintir Ahli Parlimen PAS melenting dan menyatakan status agama budak ini tidak relevan!! Kalau yang bercakap tu Kitsiang atau Karpal Singh saya tak hairan, tapi bila Ahli Parlimen PAS yang menyatakan itu, saya terus mencabar mereka "apakah pendirian kamu membenarkan anak orang islam boleh membawa sosej babi ke sekolah?". Mereka tidak menjawab, sebaliknya saperti biasa memberi label saya ni extremis dan lain-lain. Dan apabila YB Speaker suruh mereka duduk dan diam, mereka terus melanggar peraturan dan membuat bising. YB Speaker tiada pilihan melainkan menghalau keluar Dewan!

Dan semasa nak keluar daripada Dewan, seorang MP pembangkang yang sepatutnya menggunakan pintu depan terus kebelakang menuju ke tempat duduk saya dan cuba menyerang saya dengan mencabar saya. Nasib baik Bentara Parlimen segera menahan beliau, kalau tidak..!! YB Bung Mokhtar meluru datang dan menasihatkan saya supaya duduk tenang dan jangan melayan. Dan saya terus dengan perbahasan saya.

Namun Ahli-Ahli Parlimen PKR, DAP dan PAS terus menganggu ucapan saya kerana jelas mereka tidak mahu rakyat tahu isu sebenar. Mereka ingat mereka telah dapat isu besar bila membangkitkan isu konon Cikgu beragama Islam melarang pelajarnya memakan babi. Mereka tidak mahu rakyat tahu perkara sebenarnya, bahawa budak itu beragama Islam.

Dan saya hanya mendesak supaya Kerajaan menyiasat kedudukan status budak ini. Apakah benar dia dirotan kerana isu sosej babi atau sebab lain. Adakah benar dia masih beragama Islam? Yang saya hairan kenapa ibunya sahaja yang beriya-iya ke depan dalam isu ini? Apa agama ibu budak itu? Kenapa bapaya Nor Azman @ Beginda diam membisu? Kenapa mereka memilih untuk membesarkan isu ini menggunakan platform politik (gambar diatas jelas membuktikan!). 

Pada saya, semua pihak sepatutnya berterimakasih kepada guru tersebut En. Iskandar Bin Fadeli yang telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Dan beliau sangat menjaga kerahsiaan dan sensitiviti isu ini bila menasihatkan ibu kepada si Basil iaitu Angela Anak Jabing supaya tidak membesar-besarkan isu ini kerana "ianya sensitif".

Tetapi mereka memilih platform politik pembangkang untuk memainkan isu ini (gambar atas yang cukup jelas). Dan bila isu agama si Basil sebagai seorang budak beragama Islam dibangkitkan, bagaimana dia boleh dibekalkan dengan sosej babi ke sekolah, tiba-tiba mereka cuba menutup isu itu dengan menyatakan status agama Basil sebagai beragama Islam tidak relevan!!

Bagi saya, isu status agama Basil sebagai anak beragama Islam sangat relevan dan perlu di ambil tindakan wajar. Siasatan mendalam dan menyeluruh perlu dilakukan. Pada Cikgu Iskandar Fadeli, tahniah kepada cikgu kerana mengutamakan agama dari segalanya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu

02 Zulhijjah 1431

10 Nov 2010

*Nota: saya katakan segelintir MP PAS kerana semasa waktu rehat, beberapa sahabat Ahli Parlimen PAS datang menemui saya dan menyatakan rasa kesal ada beberapa kerat MP PAS yang mengambil pendirian menyokong DAP/PKR dalam isu ini. Saya memahami kedudukan mereka tidak boleh menyatakan pendirian dengan jelas, tetapi saya sangat berharap dan berdoa semoga kelak nanti ALLAH akan berikan kekuatan kepada mereka untuk menyatakan yang hak, walaupun ianya pahit. Wallahua'lam. 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada media portal Sarawak Update yang pro-pembangkang)
PKR question no pork allowed in school

KUCHING – A pupil was allegedly caned 10 times on his palm for bringing fried rice cooked with pork sausage and the PKR Woman’s wing is crying foul over the issue as they held a press conference this afternoon. 

The pupil, Basil Beginda was allegedly caned by the Penolong Kanan, Iskandar bin Fadeli who was from Simujan on October 15 (Friday) for bringing non halal food to school and is tramautised by the whole situation. 

In a press conference this afternoon, the mother of the pupil, Angela Jabing with Vice Chairperson, Voon Shiak Ni, State Woman Chief, Ibi anak Uding, deputy woman chief, Nurhanim Hanna Dato’ Haji Mokhen said she was shocked to learn that her son was punished for bringing non halal food to school. “I have never received any written circular from the school that children cannot bring non halal food in the school,” she said. 

On October 19th, Angela. also a PKR executive went ot the school to meet up with the Principle who was with Iskandar. Angela said instead of clarifying or apologizing on the reason for her son’s punishment, Iskandar claimed that he could not find it in his record the incident and he did not recall such incident

He then asked Basil to come and Angela said she saw her son filled with fear looking at Iskandar. Basil told Iskandar that he was always advised by his mother not to offer his non halal food to the Muslim and he had never done so. 

The Prinicipal, Alice Chung said Iskandar had announced during the school assembly in February this year that the students are prohibited to bring any non halal products to the school for their own consumption as a noble act to respect the Muslim students.

Iskandar then told Angela, “Jangan besar-besarkan’ hal kerana isu ini isu yang cukup sensitif di kalangan orang orang Islam….. 

Not satisfied with the explanation, Angela wrote in for an explanation. On the third day, she got a call from the Principal and request to meet up on October 29. She insisted on a written reply. 

The letter, she said did not answer her question on the issue of why her son was caned 10 times for eating friend rice with non halal sausage. “Is this a justified action to be taken by a school on the school children?” she asked. 

Angela also seek to know why St. Thomas, a missionary school is trying to implement the non-halal food rules on the children brought from home or whether the instructions are from the Ministry of Education. 

As a working mother and a non muslim, she said she is concern that her son was punished unjustifiable and she is unable to produce halal food as she is a non muslim. 

Nurhanim Hannah Dato Haji Mokhsen BENGAP said the situation is not good for 1Malaysia concept. She said it’s only food and all children of different races should sit and eat together as one family. “It is the way to live together in harmony. We are Sarawakians with different cultures, different religions,” she said. 

Nurhanim said she was shocked at the punishment and that a boy that young should go through the punishment. “He did not cook the food and if the teacher is unhappy, they should call the mother,” she added. 

Voon, Vice Chairman of PKR said she wanted the Education department to investigate the matter and ensure that appropriate action be taken. 

She said the letter from the school did not touch on why Basil was caned and the letter did not touch on the real issue. The letter also clarified that Iskandar had told Basil not to bring non halal food to school. 

Angela said if Iskandar is sensitive to the feelings of the Muslims, he should also announced that there should be no beef brought to school as a respect to Buddhist and Hindi and no meat should be brought to school as vegetarian are not allowed to do so. 

She added that she wanted Iskandar transferred and if he did that in the next school, this sort of educationist should be fired. 

When contacted, Principal Alice Chung said she has no knowledge of such situation and asked when it happened. When told that she had replied a letter to the mother of the boy on the pork issue, Chung said she is not allow to talk to any press as it is a directive from the education department. 

When asked on the matter, she said she has no comment. When asked if a parent wants to know the condition of the regulation on the food, Chung said there was never any regulation that disallow the children to bring pork to school. “Anyone can bring whatever food they want,” she added.

APA LAGI, SOKONG LE PKR YANG TAK PAHAM PERUNDANGAN & HORMATI KAUM-KAUM LAIN.

AHLI PKR MURTAD? PKR TAK BISING PUN!!!

pETIKAN DARI BLOG YB KULIM BANDAR BARU (BEBAS) TENTANG AHLI PKR YANG FEMES NIE. KERAJAAN, TAK NAK AMIK TINDAKAN KE?SAH-SAH MELANGGAR HUKUM NEGARA & HUKUM ISLAM. 


ISLAM MERUPAKAN AGAMA RASMI PERSEKUTUAN DI MALAYSIA NI! BUAT MEMAIN PULAK UNTUK KEPENTINGAN DIA BERTANDING PILIHANRAYA!


12 NOVEMBER 2010

AHLI PKR MURTAD!?

Salam 2 all.

Kontroversi budak bernama Basil Anak Beginda membawa sosej babi diSekolah St. Thomas baru-baru ini bertukar menjadi isu lebih besar apabila media melapurkan bapa budak tersebut, NOR AZMAN BIN ABDULLAH @ BEGINDA membuat pengakuan bahawa sebenarnya beliau sudah murtad daripada Islam!!!

Dalam kenyataan beliau yang disiarkan oleh beberapa media utama hari ini, Nor Azman mengaku bahawa sememangnya beliau dahulu beragama Islam, tetapi telah murtad dan kini memakai nama Beginda Anak Minda dengan catatan rasmi tanpa agama.

Malahan beliau dikatakan mengesahkan telah mendapat identiti baru melalui MyKad yang diberikan kepadanya pada tahun 2004 dengan nama dicatat sebagai ‘Beginda Anak Minda’.

Ini adalah isu besar bagi umat Islam. Nor Azman adalah seorang Muslim. Saya mengenali beliau sebagai seorang Muslim. Nor Azman adalah antara saksi utama bagi pembelaan kes liwat Anwar dahulu. Beliau juga adalah ahli PKR dan calun PKR bagi PRU 10 di kerusi Parlimen P.188 Kapit (1999) dan calun PKR bagi PRN Sarawak 2001 di kerusi N.24 Engkelili.

Saya mendesak supaya satu siasatan dibuat:

  1. samada Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda telah benar-benar murtad dan kesahihan pengakuan itu; 
  2. bagaimana Nor Azman mendapat pertukaran identiti dan diberi MyKad baru pada tahun 2004 dengan nama ‘Beginda Anak Minda”;
  3. adakah kemurtadan Nor Azman itu mendapat kelulusan mana-mana Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa;
  4. apakah langkah kaunselling dan perbincangan yang pernah diambil keatas Nor Azman sebelum dan selepas beliau murtad tersebut.

Dari segi politik, saya mahu tahu:

  1. apakah pendirian kepimpinan dan ahli akar umbi PKR dengan status murtad Nor Azman Abdullah ini?;
  2. apakah pendirian kepimpinan dan ahli PAS dengan murtadnya Nor Azman Abdullah ini; apakah mereka meredhoinya?

Pada saya, isu murtad Nor Azman ini (jika benar lapuran media yang memetik kenyataannya ) adalah sesuatu yang terlalu serius dan mesti ditangani dengan segera dan berhikmah. Saya mendesak pihak berkuasa terutama pihak berkuasa agama supaya jangan berlengah dan membiarkan perkara ini berlarutan. Janganlah berulang lagi insiden Natrah, Nor Aishah Bukhori dan Azlina Jailani @ Lina Joy berulang.

Kedayusan kita mengambil tindakan segera akhirnya menyebabkan murka ALLAH. Padanlah perpecahan umat Islam makin serius didalam negara ini. Kerana dikalangan kita sudah ada yang murtad dan kita kelihatan terlalu lemah untuk mengambil tindakan yang jelas.

Moga ALLAH menyelamatkan kita dari fitnah besar ini.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
04 Zul Qaedah 1431
12 Nov 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan lapuran media MalaysiaKini hari ini 12.11.2010. Lapuran sama boleh didapati di Malaysian Insider dan akhbar The Star hari ini)

Beginda Minda, bapa kepada pelajar 10 tahun yang dirotan baru-baru ini kerana membawa sosej babi ke sekolah mendakwa bahawa beliau bukan beragama Islam, lapor The Star.

“Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam,” kata Beginda, semalam.

Status agama lelaki itu menjadi kontroversial apabila isu merotan anaknya timbul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah menentukan status agama Beginda.
“Hanya selepas itu, kesimpulan boleh dibuat mengapa anaknya itu dirotan,” kata Nazri.

Perdebatan dan pertikaman lidah berlarut di Dewan Rakyat sejak dua hari lalu sama ada anaknya, Basil - yang dipelihara oleh ibunya yang beragama Kristian - adalah seorang Muslim.

Namun menurut Beginda, anaknya itu bukan beragama Islam.


“Anak saya beragama Kristian. Dia dibesarkan mengikut agama ibunya,” katanya.

Beginda berkata pada tahun 2004, apabila dia memohon MyKad, beliau telah menukar namanya semula kepada Beginda Anak Minda.
Anaknya dilahirkan pada 8 Mei 2000.

Di sijil kelahirannya, tiada agama dicatatkan untuk Beginda.
Semalam, ahli parlimen Bebas, Zulkifli Noordin menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat kemungkinan bapa kanak-kanak yang dirotan itu mempunyai dua identiti.

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu, pada Rabu lalu mendakwa kanak-kanak itu adalah anak seorang Muslim bernama Norazman Abdullah @ Beginda anak Minda.
Beliau membayangkan kemungkinan Beginda murtad kerana dia telah didakwa mempunyai dua nama yang berlainan.

Katanya, Beginda yang dikatakan bapa kepada pelajar tersebut - pada tahun 1998, sewaktu kes Datuk Seri Anwar Ibrahim - namanya adalah Norazman Abdullah @ Beginda Minda dan beragama Islam.

Zulkifli berkata, sijil perkahwinan dikeluarkan pada 29 Julai 2009 sedangkan perkahwinan berlangsung pada 25 Disember 1999 iaitu setahun selepas kes Anwar, ketika Beginda seorang Islam.

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, jika seseorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu juga semestinya beragama Islam.

Basil dirotan 10 kali di tapak tangannya kerana memakan nasi goreng dengan sosej babi yang dibekalkan oleh ibunya.

Isu itu kali pertama didedahkan pada sidang media yang dianjurkan oleh PKR di Kuching di mana Angela Jabing, ibu kepada pelajar Sekolah Rendah St Thomas itu mendakwa seorang guru merotan anaknya kerana membawa makanan tidak halal ke sekolah.